Latar belakang Perang_Tiang_Bendera

Setelah Perjanjian Waitangi ditandatangani pada 6 Februari 1840, kawasan New Zealand dimasukkan sebagai suatu jajahan mahkota secara rasminya pada 21 Mei tahun sama. Pada tahun berikutnya, ibukota jajahan ini dipindahkan dari Waitangi jauh 200 km selatan ke Auckland. Hōne Heke menentang tindakan pemindahan ibukota ini oleh kerajaan British, tambahan lagi dengan pengenaan tarif kastam kepada kapal-kapal yang memasuki Kororāreka sehingga ia mengurangkan kapal-kapal yang hendak berlabuh di kawasan tersebut[4] lalu merugikan pendapatan puak Ngāpuhinya.[4] Penandatanganan perjanjian di Waitangi itu juga mula dianggap sebagai suatu penipuan oleh pihak British dan Eropah (Pākehā) yang berhasrat mahu merampas tanah orang Māori,[4][5] lagi-lagi dengan penunjukkan bendera Union Jack berkibaran di Bukit Maiki yang kini dilihat sebagai tanda perhambaan orang Māori kepada Ratu Victoria.[6][7]


Kemarahan Hōne Heke mula memuncak dengan pembicaraan dan penghukuman mati Wiremu Kīngi Maketū atas tuduhan pembunuhan majikannya, dua orang anak majikan tersebut dan anak seorang ketua iwi Kerikeri.[8][9] Beliau mula mengumpul orang dalam kalangan puak-puak Ngapuhi yang mahu menyokong rancangannya untuk membalas dendam terhadap pihak British termasuk Te Ruki Kawiti; mereka berdua merancang menyerang tiang bendera di Bukit Maiki.[10]

Rujukan

WikiPedia: Perang_Tiang_Bendera http://digital.slv.vic.gov.au/view/action/singleVi... http://www.enzb.auckland.ac.nz/document?wid=1046&a... http://www.enzb.auckland.ac.nz/document?wid=1048&p... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/Cow01NewZ... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://www.newzealandwars.co.nz/ http://teaohou.natlib.govt.nz/journals/teaohou/iss...